Aktiviti Pelacuran di Klang: ‘Uncle’ Botak Kebal, Siapa Lindungi?

Aktiviti Pelacuran di Klang: ‘Uncle’ Botak Kebal, Siapa Lindungi? Penduduk Klang meluahkan kebimbangan mengenai aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa di kawasan mereka. Meskipun pihak berkuasa pernah menjalankan serbuan, terdapat dakwaan bahawa operasi tersebut hanya sekadar ‘setting’ tanpa tindakan tegas terhadap dalang utama. Seorang individu dikenali sebagai ‘Uncle’ berambut botak dikatakan begitu kebal kerana membayar ufti bulanan dalam jumlah besar kepada pihak imigresen dan polis bagi memastikan perniagaannya terus berjalan tanpa gangguan. Rakyat berharap pihak berkuasa terus membongkar dan mengambil tindakan terhadap aktiviti tidak bermoral ini, sekali gus membuka mata masyarakat mengenai realiti sebenar di sebalik slogan Malaysia Madani. Adakah undang-undang hanya tajam kepada yang lemah tetapi tumpul kepada mereka yang ‘berduit’?