Assalam admin, Ini situasi yang berlaku di Bandar Bintulu ketika ini, di mana a...
Posted 3 weeks ago
Assalam admin,
Ini situasi yang berlaku di Bandar Bintulu ketika ini, di mana aktiviti penyalahgunaan dadah secara terbuka di khalayak orang ramai. Tiada usaha langsung ataupun tiada langsung aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa seperti PDRM Bintulu dan AADK Bintulu untuk membanteras gejala tidak sihat ini. Jarum suntikan juga dibuang merata kalau terkena budak-budak yang tak tahu apa-apa berisiko dijangkiti HIV dan penyakit berjangkit lain. Penagihan dadah ini bukan sahaja berleluasa di Bintulu sahaja, malah bandar-bandar lain di seluruh Sarawak termasuklah kawasan perkampungan pun ramai yang menjadi penagih. Tokan dadah pun makin berkuasa di negeri ini ekoran.
SPRM tolong buat kerja dengan telus, pantau akaun bank dan harta-harta badan penguatkuasa seperti PDRM di negeri Sarawak ini yang makin tak terkira banyaknya ekoran makan hasil suapan dari tokan dadah.
Tolonglah admin bagi viral satu kali biar Tan Sri IGP buat teguran kepada Polis Sarawak dan IPD Bintulu khususnya supaya jalankan amanah dan tanggungjawab dengan betul.
Terima kasih admin. Jasamu dikenang.