Assalam ES, saya mewakili warga IPD Langkawi ingin meluahkan perasaan tidak puas...

Posted 1 week ago

Assalam ES, saya mewakili warga IPD Langkawi ingin meluahkan perasaan tidak puas hati berkenaan arahan OCPD Langkawi berikutan arahan KP Kedah bagi return sitaan m/sikal dimana setiap bahagian/balai diarahkan untuk membuat 1 sitaan m/sikal atas kesalahan modifikasi keterlaluan setiap hari. Apa yang menjadi soal tanda tanya adalah mengapa arahan ini tiada sebarang hitam putih dan hanya melalui arahan mulut OCPD Langkawi. Secara keseluruhan, IPD Langkawi mempunyai 7 Bahagian dan 4 Balai tidak termasuk Trafik, bermakna setiap hari sebanyak 11 m/sikal akan disita disekitar Langkawi. Sitaan m/sikal atas kesalahan modifikasi keterlaluan adalah satu perkara yang perlu dilakukan untuk membanteras aktiviti merempit akan tetapi arahan untuk setiap bahagian/balai membuat 1 sitaan setiap hari adalah amat keterlaluan. Arahan sitaan m/sikal ini juga boleh mengundang perkara yang tidak diingini seperti rasuah, ugutan serta salah guna kuasa oleh segelintir pegawai serta anggota PDRM. Mohon ES viralkan perkara ini supaya orang awam di Langkawi tahu arahan ini datang dari siapa.