AsSalam tuan admin ES, nak kongsi sedikit keadaan trafik di jalan utama PPR Pant...

Posted 06 October 2024, 1:37pm

AsSalam tuan admin ES, nak kongsi sedikit keadaan trafik di jalan utama PPR Pantai Ria, Pantai Dalam.

Jalan utama ini hanya tinggal sehala setiap hari kerana kereta yang parking bertindih (double park) yang menyebabkan jalan sesak teruk pada waktu pagi dan waktu petang.

Kesian ibu bapa nak keluar hantar anak sekolah dan pergi kerja terpaksa menempuh jem pada setiap pagi setiap hari. Sehingga penduduk setempat terpaksa menjaga laluan trafik bagi melancarkan kesesakan.

Dah bertahun penduduk mengalami keadaan ini setiap hari, tapi masih belum ada apa-apa tindakan daripada pihak DBKL dan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Kedai warga asing dah banyak kali kene sita dgn DBKL tapi masih boleh berniaga di Pantai Dalam. Banyak kedai warga asing dibina secara haram sampai mengganggu lalulintas, elok DBKL roboh je terus.