Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,   YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Tuan/ Tu...

Posted 16 September 2024, 10:28pm

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Tuan/ Tuan/ Puan,
 
PEMAKLUMAN MENJALANKAN TUGAS KETUA PENGARAH AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan bahawa YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Melaksanakan Tugas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan bercuti untuk menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah bermula 17 September 2024 hingga 29 September 2024.
 
3.     Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, YBhg. Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan  Maritim Melaksanakan Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) akan menjalankan tugas Ketua Pengarah. Bersama-sama ini, dilampirkan memo berkaitan untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato' /YBrs. Tuan/ Tuan /Puan jua.
 
4.      Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ YBrs. Tuan/ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah dihargai.
 
Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"MENGAWAL, MELINDUNG, MENYELAMAT"
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 

Pejabat Sekretariat Ketua Pengarah
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Tel : 03 - 89957049/7446/7445
Faks : 03 - 89414000
Emel : [email protected]