Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Dato' Wira *LAPORAN KEKECOHAN ...

Posted 11 October 2024, 4:01pm

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera YBhg Tan Sri Dato' Wira

*LAPORAN KEKECOHAN DAN AMUKAN WARGA PALESTIN DI WISMA TRANSIT KUALA LUMPUR*

1. BUTIR-BUTIR WARGA PALESTIN

a. Nama: Aminah Muhammad Nafi' Jamal Abd Rabbah.

(1) No Id : 800275794.
(2) Visa No : 361/24.
(3) Emergency Certificate : 634320.

b. Nama: Saadia Emad Fadl Malaka.

(1) No Id : 801931080.
(2) Visa No : 385/24.
(3) Emergency Certificate : Nil.

c. Fidak Ahmad Abdul Hadi Al Buhaisi.

(1) No Id : 800756827
(2) Visa No : 634/391
(3) Emergency Certificate : Nil

2. RINGKASAN KEJADIAN

a. Berhubung perkara tajuk, pada 02 Okt 24 jam lebih kurang jam 1815, terdapat beberapa Warga Palestin yang menginap di Wisma Transit Kuala Lumpur telah membuat kekecohan dan amukan atas dasar tidakkepuasan hati.

b. Kejadian berlaku dipercayai terdapat beberapa warga Palestin yang tidak berpuashati disebabkan pasukan tidak membenarkan salah seorang dari warga Palestin iaitu Pn Saadia Emad Fadl Malaka untuk menginap di luar. Pn Saadia telah membuat kekecohan di hadapan Balai Pengawal WTKL bersama keluarganya dan rakan-rakannya iaitu Pn Aminah Muhammad Nafi' Jamal Abd Rabbah dan Pn Fidak Ahmad Abdul Hadi Al Buhaisi.

c. Pada 02 Okt 23 jam lebih kurang 1820H, Pegawai Bertugas Pasukan iaitu 1177373 Sjn Wan Mohd Shafiq bin Wan Ahmad sedang mendirikan pengawal di Balai Pengawal Utama WTKL. Kejadian tersebut telah disedari dan telah diredakan oleh Pegawai Bertugas tersebut. Pegawai Bertugas juga meminta warga Palestin yang terlibat untuk beredar dari kawasan berkenaan.

d. Kesemua warga Palestin kemudiannya masuk ke lobi utama WTKL dan membuat kekecohan dan amukan dengan memecahkan pasu serta merosakkan hiasan yang terdapat di lobi utama WTKL. Kejadian juga cuba diredakan oleh Pegawai Bertugas namun salah seorang daripada warga Palestin telah membaling selipar ke arah Pegawai Bertugas. Wakil Kedutaan Palestin juga turut hadir serta cuba menyuraikan kekecohan tetapi tidak berjaya.

3. TINDAKAN PASUKAN

a. Kejadian ini telah dimaklumkan kepada MK ATM - BOLP & MK TD - OPLAT.

b. Pasukan akan sentiasa memantau pergerakan warga Palestin & mengelakkan sebarang konfrantasi.

Sekian untuk makluman YBhg Tan Sri Dato' Wira