Assalamualaikum ES, Kami warga IPD Melaka Tengah mengucapkan ribuan terima kasi...

15 September 2024, 12:57am

Assalamualaikum ES,

Kami warga IPD Melaka Tengah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ES kerana membongkarkan ISU penyelewengan dana pemindahan IPD Melaka Tengah. CM kelam kabut melawat IPD Baru slps ES viralkan dalam sosial media..

Walaupun CM melawat (Wayang sahaja) masih tidak sebarang perubahan. Anggota tetap kena keluarkan duit poket untuk memasang pintu bilik, pembahagi bilik, cat, karpet, air con dan sebagainya .

Video-video yang update oleh kutu CM hanya wayang sahaja.. video itu bilik OCPD yang telah siap cantik dan tingkat yang elok sebelum ini. Jangan ingat anggota polis bodoh tau.. jgn main wayang cina di sini.. Kalau berani minta reporter masuk ke dalam dan ambil gambar dan interview pegawai dan anggota. (Jangan interview penjilat pulak).