Assalamualaikum ES. Mohon bongkarkan isu salah guna kuasa di APMM Sabah. Untu...

Posted 2 days 8 hours ago

Assalamualaikum ES. Mohon bongkarkan isu salah guna kuasa di APMM Sabah.
Untuk makluman, APMM Sabah menyediakan makanan bermasak bagi anggota yang bertugas. Tetapi perlaksanaannya gagal disebabkan kepentingan peribadi dan salahguna kuasa. 1 Syarikat telah dilantik untuk menyediakan makanan bermasak ini, cara pemilihan Syarikat pun diragui. Sepatutnya Syarikat tersebut menghantar makanan 4 kali sehari tetapi 2 kali sahaja dihantarnya. Sarapan pagi dan makan tengahari di hantar pada masa yang sama Jam 10 pagi manakala makan petang dan makan malam dihantar pada masa yang sama iaitu jam 6 petang. Sarapan apa kalau di Sabah ni jam 10 pagi baru sampai. Kalau makan tu 4 kali sehari jadi hantar la 4 kali sehari kenapa nak satukan penghantaran.
Makanan tersebut pula dihantarnya pagi sahaja di Jeti dan di Pejabat, manakala Jam 6 petang dihantarnya ke Pejabat Sahaja. Jadi pemandu bertugas pula diarahkan untuk menghantar makanan tersebut ke Jeti, macam dah kerja dengan Syarikat pembekal makanan tersebut pula. Dijadikan kereta Jabatan untuk menghantar makanan. Dengan keadaan jem pada waktu tersebut sehingga mengambil masa 1jam untuk sampai. Tak ke merugikan Kerajaan untuk tanggung kos yang tidak sepatutnya. Kalau dah Syarikat tersebut tak boleh hantar kenapa pilih Syarikat tersebut. Ada Perjanjian Syaitan ke???
Untuk makluman ES di APMM Sabah ni tiada pemandu, jadi diwujudkan jadual penugasan pemandu. Dikerahnya anggota dari pelbagai unit untuk menjadi pemandu. Di APMM Sabah ni tak ada seorang pun pegawai yang layak untuk dapat pemandu. Kononnya wujud untuk tugasan kalau ada tangkapan tapi apa yang berlaku lain pula. Dah jadi grab dah, hantar dan ambil pegawai, hantar makan. Kalau dah tak layak dapat pemandu tu tolong sedar diri, bawa la sendiri kereta tu. Jadual pula 24jam, ada ke manusia boleh buat kerja 24jam ni, nak memandu pula tu. Mungkin robot perlu ada di APMM sabah ni.
Mohon ES viralkan agar SPRM dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan siasat benda ini.