Assalamualaikum Tuan ES. Nak meluahkan rasa hati sebab kami dah takde tempat lai...
Posted 6 hours 59 minutes ago
Assalamualaikum Tuan ES.
Nak meluahkan rasa hati sebab kami dah takde tempat lain lagi nak mengadu. Harap dapat perhatian dari pucuk pimpinan Cawangan Khas. Rasanya sebelum PCK pencen eloklah kalau ditukarkan KCK Kedah ni ke tempat lain. Dia tak layak jadi KCK sebab takde pengetahuan tentang politik, operasi, ekonomi dan banyak perkara lain. Rata rata kalau sembang kedai kopi mesti orang mengutuk dia. Sibuk suruh kami buat operasi yang dibawah JSJ, Narkotik malahan operasi JSPT pun dia sibuk suruh kami dapatkan maklumat. Tugas sebenar SB pun dia blur. Macam mana dia nak pimpin anak buah kerja dengan cara yang betul? Sibuk cakap RO, PK, PT dan KCKD tak support dia sedangkan dia sendiri pun tak tahu apa yang dia buat. Jangan cari kami yang mengadu tapi carilah kebenaran dakwaan ni. Tanyalah semua pegawai PT dan KCKD betul atau tidak dakwaan ni. Laporan yang kami hantar tak dibaca kemudian sibuk cakap kami tak membantu dia. Kerja E3 dengan E6 pun dia tak boleh bezakan. Tambahan pula E2 dan E4 yang ada kaitan kerja pun dia tak boleh bezakan. Senang cerita inilah KCK yang paling teruk kami pernah dapat di Kedah ni. Bab kebajikan lagilah ke laut. Dan yang paling teruk dia ni jenis lepas tengkuk sendiri je daripada nak back up anak buah. Bila cakap macam banyak pengalaman tapi dari muda sampai ke tua duduk post low risk. PCK tolonglah dengar rintihan hati pegawai bawahan. Yang nak buat kerja, kami. Tapi kalau pemimpin pun jenis tak tau apa, macam mana kami nak kerja?