Assalamualaikum YDH Dato', *LAPORAN AWAL HASIL BENGKEL KAJIAN RASIONALISASI AGE...
Posted 3 weeks ago
Assalamualaikum YDH Dato',
*LAPORAN AWAL HASIL BENGKEL KAJIAN RASIONALISASI AGENSI PENGUATKUASAAN LAUT DALAM AGENDA PASUKAN PETUGAS KHAS REFORMASI AGENSI*
*1.Bengkel ini telah diadakan pada ketetapan berikut :*
▪️Tarikh : 10 hingga 11 Oktober 2024
▪️Tempat : Noble Hotel Resort, Melaka
▪️Kehadiran :-
- PDRM (Wakil dari PPM)
- Jab Perkhidmatan Awam
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pengangkutan
- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Bhgn Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN
- PUU KDN
- Wakil APMM
- Wakil Jab Kastam
- Wakil Jab Laut
- Wakil Jab Perikanan
- Wakil Majlis Keselamatan Negara
*2.Tujuan Bengkel:*
▪️Menyelaras dan meneliti semula maklumat berhubung cadangan Rasionalisasi Agensi Penguatkuasaan Laut yang melibatkan PPM, APMM, Jab.Kastam, Jab.Laut dan Jab.Perikanan.
▪️Garis Masa pelaksanaan Rasionalisasi Agensi Penguatkuasaan Laut adalah pada Tahun 2026 dgn cadangan menjadikan APMM sebagai Agensi Penguatkuasaan Tunggal di Laut.
*3.Perkara yang dibincangkan sepanjang bengkel dijalankan:*
▪️Fungsi Utama Agensi-agensi.
▪️Akta / Undang² yang terlibat.
▪️Bidang Kuasa.
▪️Perjawatan.
▪️Jenis dan Bilangan Aset.
▪️Sistem yg digunakan bagi tujuan Pengoperasian Penugasan Pegawai dan Anggota.
▪️Keberhasilan Operasi sepanjang tahun 2019 sehingga Jun 2024.
*4. Rumusan Bengkel*
*4.1. Pernyataan Masalah*
▪️Kerajaan mendapati bahawa terdapat pertindihan berhubung penguatkuasaan agensi laut di bawah kawasan tanggungjawab yg sama bagi 4 agensi iaitu PDRM, APMM, JKDM dan Jab Perikanan dari sudut pengurusan sumber manusia dan aset yang dimiliki.
*4.2. Isu & Pernasalahan Agensi Laut*
*4.2.1 Penggunaan sumber yang tidak optimum*
- *Pengurusan Aset*
*-Aset alih :* penggunaan bot/kapal yg dilihat menjalankan fungsi penugasan yg sama di KTJ yg sama
*-Aset tidak alih :* peminjaman jeti yg menempatkan bot / kapal agensi laut (menumpang jeti)
- *Pengurusan sumber manusia*: Pegawai / anggota penguatkuasa setiap agensi laut yg menjalankan tugas dibawah KTJ yg sama
- *Pengurusan sumber kewangan*: permohonan peruntukan DE & OE yg dilihat bertindih oleh agensi pusat
*4.2.2 Pelaksanaan penguatkuasaan yang sama*
- Akta sedia ada : setiap agensi dilaut diperuntukan akta yang membenarkan pelaksanaan penugasan dilaut
*5. Isu² Berbangkit :*
*5.1 Bidang Kuasa*
- terdapat Bidang Kuasa jabatan lain yg tidak dpt dilaksanakan oleh APMM. Cth : pelaksanaan fungsi penguatkuasaan di sungai/Tasik
*5.2 Keterbatasan Penugasan APMM*
- APMM tidak mempunyai kuasa penugasan Dari darat ke Laut
*5.3. Akta yg sedang berkuatkuasa*
- pertindihan dengan akta yg sedia ada oleh agensi laut masing².
*5.4. Pengurusan Sumber manusia*
- Penyerahan perjawatan tanpa penyandang
*5.5. Pengurusan aset (Infra / aset rondaan)*
- kepentingan penggunaan aset sedia oleh agensi laut bagi kegunaan bukan operasi.
*6. Syor :*
- Kementerian mengesyorkan supaya kerajaan kembali kepada keputusan mesyuarat MJM pada 26 Nov 2010 yang telah bersetuju APMM mengambilalih penugasan penguatkuasaan dilaut sbg agensi tunggal
*7. Ulasan PPM :*
- 7.1. PPM mencadangkan supaya pihak KDN membuat penilaian Dan perbandingan melibatkan gabungan Polis & APPM dibawah satu bumbung PDRM. Melihat kpd negara² luar yg mempunyai gabungan tersebut dibawah polis. Cth SPCG (negara asean). Nampak adil dan tidak berat sebelah.
- 7.2. Pengekalan kuasa sedia ada di perairan termasuk MTW dpt digunakan oleh kedua² agensi nanti tanpa sebarang pindaan akta. Isu² perundangan yg dihadapi oleh APMM dpt diatasi.
- 7.3. Tidak menjejaskan apa² infra yg sedia ada Dan boleh digunapakai secara bersama. Telah dipraktikan sebelum ini.
*8.Rumusan keseluruhan bengkel:*
*Way Forward :*
▪️ Dapatan dari hasil bengkel ini akan dibawa kepada YBhg Tan Sri KSU untuk mendapatkan keputusan sebelum dibawa dalam *Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) pada 29 Oktober 2024.*
Untuk makluman & perhatian YDH Dato'.
Laporan penuh akan menyusul. Untuk perhatian YDH Dato'. Terima kasih.