Assalamulaikum dan Salam Sejahtera YDH Tuan P/KPD *TANGKAPAN (16) LELAKI KES S...
Posted 4 days ago
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
YDH Tuan P/KPD
*TANGKAPAN (16) LELAKI KES SAMUN DI KILANG SRITAMA JETTY SDN. BHD., TELOK PANGLIMA GARANG*
*1. BUTIRAN REPOT:*
Telok Panglima Garang/7131/24
Tarikh: 09/11/2024 @ 1419 HRS
Seksyen: 395 KK/ 6(1) ABKLSB 1958
IO: Insp Norhidayah binti Mohd
*2. PENGADU:*
Nama: Lim Chee Long
No. Kpt: 811115-10-5195
Alamat: No. 286, Jln Pulau Carey 42500, Telok Panglima Garang, Selangor.
Pekerjaan: Pengurus Kilang
*3. TEMPAT KEJADIAN*
Kilang Sritama Jetty Sdn. Bhd. Lot 324, Jalan Segenting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor.
*4. FAKTA KES:*
Pada 9/11/2024 jam 1200hrs pengadu terima panggilan dari (1) lelaki cina nama panggilan Arthur beritahu mahu berjumpa dengan pengadu bagi menyelesaikan hutang milik rakannya terhadap penyewa kilang sebelum ini. Beliau juga datang bersama rakannya yang lain iaitu (1) lelaki India nama panggilan Datuk Joe, (2) lelaki warganegara China dan (10) lagi orang bawahannya untuk turut sama berbincang mengenai isu tersebut di pejabat. Selain itu, mereka juga telah menyekat m/lori pelanggan daripada mengambil barang keluar dari tapak syarikat milik pengadu di alamat Lot 324, Jalan Segenting, 42500 Telok Panglima Garang. Setelah perbincangan dibuat, pengadu tidak bersetuju dengan permintaan mereka untuk menuntut barangan yang bukan milik mereka secara paksa. Pengadu menghubungi pengarah syarikat iaitu Dato’ Lim untuk mendapatkan pandangan mengenai isu tersebut dan Dato Lim juga tidak bersetuju namun Arthur dan Datuk Joe mengarahkan orang bawahannya mengangkat barang naik ke atas lori tanpa kerelaan pengadu. Semasa kejadian juga, pengawal keselamatan kilang nama Kumaran ada ternampak salah seorang dari mereka iaitu (1) lelaki Melayu ada membawa (1) pucuk pistol semasa masuk ke dalam pejabat semasa perbincangan dibuat.
*5. HASIL SIASATAN AWAL:*
5.1. Pengadu (1) lelaki Cina berumur 42 tahun dan merupakan pengurus syarikat Kilang Sritama Jetty Sdn. Bhd. Lot 324, Jalan Segenting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Pengadu menjadi pengurus syarikat di kilang tersebut selama 20 tahun.
5.2. Kilang tersebut telah disewa oleh (1) lelaki warganegara China nama Xeng Li Sheng, no. passport: EE9865592 lebih kurang 3 tahun lalu dengan sewaan RM 41,000/sebulan atas nama syarikat beliau sendiri iaitu CRA Metal International Sdn. Bhd. Penyewa jadikan tapak kilang tersebut sebagai gudang penyimpanan barang-barang pelanggan yang akan dijual kepada pembeli selepas proses penawaran harga dibuat. Penyewa akan mengambil keuntungan daripada kos penawaran harga dan penghantaran barangan. Penyewa gagal membayar sewa kilang selama 18 bulan dan juga telah melarikan diri kemana pengadu tidak pasti.
5.3. Menurut keterangan daripada pengadu Datuk Joe (B1) dan (2) lelaki warganegara China (B15) dan (B16) ada memberikan wang sebanyak RM 400,000/- kepada penyewa untuk penukaran duit matawang asing kepada USD. Setelah duit tersebut diserahkan, penyewa telah melarikan diri dan tidak mahu menjelaskan hutang kepada Datuk Joe dan (2) lelaki China tersebut. Disebabkan penyewa gagal menjelaskan hutang tersebut, Datuk Joe dan (2) lelaki China itu mahu mengambil barang-barang di dalam kilang secara paksa sebagai gantirugi. Datuk Joe telah membawa Arthur (B8) sebagai orang perantaraan dalam perbincangan tersebut.
5.4. Semasa kejadian, pengadu takut untuk menghalang Arthur dan Datuk Joe mengarahkan orang bawahannya untuk membawa naik barang-barang ke atas lori kerana mereka bertindak agresif dan memarahi pengadu jika pengadu campur tangan dalam urusan tersebut. Barang-barang yang diambil iaitu merupakan besi-besi terpakai seberat lebih kurang 10 tan yang dimasukkan ke dalam lori no pendaftaran WVP 4665.
5.5. Tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang nampak (B7) ada mengacukan pistol kepada sesiapa semasa di tempat kejadian. Pistol tersebut dipakai di bahagian tali pinggang kanan dan dimasukkan ke dalam holster. (B7) juga merupakan anggota Sukarelawan Polis dan mempunyai kad kuasa sukarelawan polis no. Siri: SP313709 atas nama SP/41823 Muhammad Rafiuddin bin Ab Halim.