DEMI KESELESAAN, IPD MELAKA TENGAH DIPINDAHKAN SEMENTARA DI BATU BERENDAM (Bang...

03 September 2024, 4:56pm

DEMI KESELESAAN, IPD MELAKA TENGAH DIPINDAHKAN SEMENTARA DI BATU BERENDAM

(Bangunan IPD dibina pada tahun 1924 dan tahun ini cukup 100 tahun usia bangunan itu)

• YAB Perdana Menteri telah datang ke Melaka dan hadir ke IPD Melaka Tengah pada 9 Februari
2024 bagi sesi ramah mesra bersama pegawai dan anggota polis di IPD Melaka Tengah.

• susulan lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi ke IPD Melaka
Tengah pada 2 Februari lalu, dicadangkan bangunan IPD Melaka Tengah akan dipindahkan ke Krubong, manakala, Sementara bangunan baharu siap, pejabat pentadbiran IPD Melaka Tengah
dicadang dipindahkan ke Kompleks Wisma Wawasan di Batu Berendam.

• Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah yang baharu dirancang dibina di atas tapak seluas 12.21 ekar di Krubong.

• Hasil lawatan mendapati bilik senjata sedia ada tidak selamat, selain bangunan berkenaan tidak mampu menempatkan semua bahagian dibawah satu bumbung. Keadaan ini dilihat akan memberikan implikasi terhadap sistem tadbir urus dan kawal selia IPD Melaka Tengah.

• Cadangan pembinaan IPD Melaka Tengah baharu telah diangkat dalam Rancangan Malaysia (RMK) ke-12 iaitu ‘rolling plan’ ke-5 dengan anggaran kos sebanyak RM250 juta.

• bangunan IPD Melaka Tengah dibina pada 1924 dan pada mulanya dijadikan sebagai pejabat
pentadbiran semasa kolonial Inggeris dikenali sebagai ‘Malaccavolunteer drill hall’ bagi pasukan
‘the straits settlement volunteer force’ (SSVF) sehingga tahun1948.

• Peruntukan sebanyak hampir RM1 juta bagi kerja-kerja pembaikan dan proses pindah semuanya adalah dibawah Kementerian Dalam Negeri.