Isu Lesen Mercun di Tangkak: Berniaga Kecil Dihalang, Supermarket Mudah Lulus?

Isu Lesen Mercun di Tangkak: Berniaga Kecil Dihalang, Supermarket Mudah Lulus? Peniaga kecil di Tangkak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses kelulusan lesen jualan mercun dan bunga api yang didakwa tidak adil. Menurut mereka, permohonan lesen sejak dua tahun lalu tidak pernah diluluskan, sedangkan supermarket dan kedai runcit tertentu dengan ‘kabel’ kuat mudah sahaja mendapat kelulusan. Keadaan lebih mencurigakan apabila terdapat dakwaan bahawa permit jualan mercun hanya dikeluarkan kepada peniaga tertentu yang mampu ‘membayar ufti’ kepada pihak berkuasa. Malah, premis dalam bangunan di daerah Muar langsung tidak dibenarkan menjual mercun, sedangkan di Tangkak, kedai runcit yang menggunakan permit biasa boleh beroperasi tanpa halangan. Persoalannya, adakah proses kelulusan lesen ini benar-benar mengikut undang-undang atau sekadar memberi keistimewaan kepada mereka yang sanggup ‘membayar harga’ di sebaliknya? Rakyat berhak mendapatkan jawapan dan keadilan dalam isu ini.