*LAPORAN POLIS - ANGGOTA POLIS BALAI BADANG CEDERA DITETAK SEMASA OPERASI TANGKA...

01 September 2024, 9:22am

*LAPORAN POLIS - ANGGOTA POLIS BALAI BADANG CEDERA DITETAK SEMASA OPERASI TANGKAPAN*

Pada 31 OGOS 2024 jam 0202 bertempat di Balai Polis BADANG, satu laporan polis telah dibuat oleh MOHAMMAD HAFIZULKHAIRI bin ABDULLAH - Pengadu berkait seorang anggota polis Balai Polis BADANG telah ditetak semasa operasi tangkapan. Laporan polis ini adalah berkait BADANG repot: 1675/24.

*Butir-butir Pengadu*

Nama : MOHAMMAD HAFIZULKHAIRI bin ABDULLAH
No. KPT : RF213940
Pekerjaan : Anggota Balai Polis BADANG
Alamat : Balai Polis BADANG, Jalan PCB 15350 KOTA BHARU

*Ringkasan Laporan Polis*

Pada 31 OGOS 2024 jam lebih kurang 0100, semasa Pengadu bertugas di kaunter aduan Balai Polis BADANG telah terima panggilan telefon daripada L/KPL/S 25641 MUHAMAD YUSUF bin MUHAMAD FUAD yang merupakan Anggota Polis Balai Polis BADANG telah ditetak menggunakan parang di bahagian kedua-dua lengan semasa ingin membuat penangkapan suspek satu lelaki Melayu dengan panggilan MIJI. L/KPL/S 25641 sekarang sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

*Siasatan Kami*

Hasil siasatan mendapati anggota polis ini cedera ditetak semasa dalam satu kejadian operasi tangkapan yang dijalankan pada 31 OGOS 2024 jam lebih kurang 0100 yang mana operasi tersebut diketuai oleh SM ROSWADI bin MOHAMAD selaku Ketua Polis Balai BADANG bersama sepasukan anggota Balai Polis BADANG di alamat Lot 563-C Kampung Kijang, KOTA BHARU.

Sesampai di hadapan rumah tersebut, pasukan polis telah melihat MIJI suspek berada diatas tangga rumah, lalu Ketua Polis Balai BADANG bersama pasukannya telah menghampiri suspek tersebut sambil perkenalkan diri sebagai anggota polis. Suspek sambil memegang senjata tajam berupa gunting di kedua-dua belah tangannya bertindak berlari meluru kearah polis dan telah menyerang L/KPL/S 25641 MUHAMAD YUSUF bin MUHAMAD FUAD (mangsa) dengan cara melibas kearah mangsa, akibat serangan itu mangsa telah mengalami kecederaan luka di kedua-dua belah tangannya.

Selepas kejadian itu, Suspek telah melarikan diri dalam rumah dan anggota serbuan juga memasuki rumah Suspek dengan tujuan tangkapan. Namun sekali lagi diserang oleh Suspek dengan cara melibas dan menghayunkan senjata tersebut kearah anggota serbuan. Lalu Ketua Polis Balai BADANG telah memberi amaran terhadap Suspek supaya menyerahkan diri akan tetapi tidak dihiraukan oleh Suspek dan Suspek terus menerus menyerang anggota serbuan. Oleh yang demikian, Ketua Polis Balai BADANG terpaksa melepaskan satu tembakan kearah bahagian peha sebelah kiri Suspek sebagai langkah keselamatan dan mempertahankan diri dan anggota serbuan daripada terus diserang. Suspek berjaya ditangkap dan butir-butir Suspek dan rampasan adalah sepertimana berikut :-

*Butir-butir Tangkapan*

Nama : AHMAD TARMIZI bin ISHAK
No. KPT : 901121-03-6375 (34 Tahun)
Pekerjaan : Penganggur
Alamat : Kampung Kijang Badang, Jalan Kuala Besar, 15350 KOTA BHARU

*Butir-Butir Rampasan*

Jenis Barang : Gunting
Kuantiti : Satu bilah
Keterangan Barang : Gunting yang dileraikan
Tempat Dijumpai : Di atas lantai di ruang tamu

*Tindakan Polis*

Kes ini disiasat oleh SJN 146362 MOHD SYAWAL bin ABD MUTOLIB - Penolong Pegawai Penyiasat. Kes ini diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Repot Lain (ROR) berkait BADANG repot 1674/24 dibawah sekyen 307 dan seksyen 435 KK.