PADA 6 OKTOBER 2024 JAM 1000 PAGI, SEMASA SAYA BERADA DI PEJABAT, SAYA TELAH MEM...

Posted 17 October 2024, 12:02am

PADA 6 OKTOBER 2024 JAM 1000 PAGI, SEMASA SAYA BERADA DI PEJABAT, SAYA TELAH MEMBUKA APLIKASI TELEGRAM DAN MEMBACA TULISAN DARI PORTAL EDISI SIASAT. SAYA DAPATI TERDAPAT SATU POSTING YANG DIKELUARKAN OLEH EDISI SIASAT YANG BERTARIKH 3 OKT 2024, JAM 0710 YANG MENCERITAKAN PERIHAL TANGKAPAN OPS NODA DI MANA SERBUAN OLEH JIPS BUKIT AMAN KE ATAS PUSAT HIBURAN NO 23A, JALAN 3, AMAN SQUARE, SUNGAI PETANI. KEJADIAN TANGKAPAN ITU BERLAKU PADA 2 OKT 2024 JAM 0315 PAGI.

SAYA SELAKU KETUA POLIS KEDAH AMAT KECEWA KERANA LAPORAN SEBEGINI BOLEH DIKELUARKAN OLEH EDISI SIASAT SEDANGKAN IANYA ADALAH FAKTA YANG SEPATUTNYA MENJADI BAHAN RAHSIA OLEH JABATAN PDRM. BAGAIMANA LAPORAN/FAKTA SEBEGINI BOLEH SAMPAI KE PENGETAHUAN EDISI SIASAT DAN KEMUDIAN DIVIRALKAN SEHINGGA BOLEH MENIMBULKAN KETIDAK TENTERAMAN MASYARAKAT TERUTAMA MELIBATKAN INTEGRITI PDRM.

SAYA ATAS NASIHAT SUPT G15626 MOHD REDZUAN BIN SALLEH MEMBUAT LAPORAN INI KERANA MAHU PIHAK POLIS ATAU MANA-MANA PIHAK BERKUASA UNTUK MELAKUKAN SIASATAN BAGI MENGENALPASTI SIAPA YANG MENJADI DALANG MENGHANTAR FAKTA KES INI KEPADA EDISI SIASAT DAN APAKAH MOTIF IANYA DISERAHKAN KEPADA EDISI SIASAT.

SEKIAN LAPORAN SAYA.