Pakar Perubatan Bunuh Diri Sebab Benci Buli di Tempat Kerja Pada 29 Ogos, sebua...

Posted 16 September 2024, 12:02am

Pakar Perubatan Bunuh Diri Sebab Benci Buli di Tempat Kerja

Pada 29 Ogos, sebuah catatan penghormatan kepada Dr Tay Tien Yaa telah dimuat naik di laman Facebook Hospital Lahad Datu, Sabah. https://www.facebook.com/share/p/WRagcQuyHiBTEiD2/?mibextid=oFDknk

Ya, Dia adalah kakak yang paling aku sayangi. Beliau mendapat kelulusan MBBS dari Volgograd State Medical University, Rusia, pada tahun 2013. Selepas menjalani latihan _housemanship_ di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), dia Bermuda tugas sebagai Pegawai Perubatan (MO) di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pada tahun 2020, dia memulakan tahun pertama dalam program Sarjana Perubatan Forensik.

Namun pada tahun 2021, atas sebab peribadi, dia berjaya menukar bidang dan diterima dalam program Sarjana Patologi Kimia (Master in Chemical Pathology) atas rekomen dari Dr. Hafizam Hasmi. Pada tahun 2023, dia menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM).

Beliau berkahwin pada September 2023. Pada 19 Februari 2024, beliau melapor diri di Hospital Lahad Datu, Sabah, untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Unit Patologi Kimia di Jabatan Patologi. Walaupun berjauhan berpisah dengan suaminya, dia berpegang kepada janji pihak pengurusan bahawa dia akan dipindahkan kembali ke Semenanjung selepas dua tahun perkhidmatan untuk bersamaan dengan suaminya.

Dalam masa yang singkat, beliau berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan perubatan di hospital tersebut. Beliau turut berjaya memperolehi sumbangan sebuah komputer melalui Persatuan Perdagangan Cina Lahad Datu, yang dilaporkan dalam berita pada 3 September 2024. https://www.facebook.com/share/p/4kLiTiwx5Lua7UHt/?mibextid=oFDknk

Namun, hanya dalam tempoh 6 bulan, pada 29 Ogos, pihak hospital menghubungi keluarga untuk menyampaikan berita yang mengejutkan.

Dr. Tay Tien Yaa telah dijumpai bunuh diri di unit sewaannya...

Dengan peunuh kegelisahan, perasaan kekesalan dan kesedihan menyelubungi kami sekeluarga. Rakan-rakan sekerjanya memberitahu bahawa beliau seorang yang sangat berdedikasi, bersikap rendah hati, dan penuh semangat dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Namun, satu-satunya orang yang menindasnya adalah ketua jabatan yang zalim. Dia menghadapi tekanan dalam memulakan unitnya sendiri, sambil menangani beban tugas yang sudah melebihi had. Selain itu, dia terpaksa berurusan dengan pemeriksaan instrumen, menghadiri mesyuarat, penyediaan laporan, serta menguruskan sumber manusia dan perancangan kewangan jabatan.

Cukup tidak bertanggungjawap ketua jabatan. Dia juga merupakan seorang pakar perubatan yang baru dilantik, telah menyalahgunakan kuasanya dan menindas orang bawahan.
Saya tertanya-tanya, kenapa dengan sifat Dr Tay Tien Yaa yang tidak pernah mengadu akan berlaku tragedi.

Adakah beliau menangis sendirian setiap malam dalam bilik seseorang? Beliau masih sanggup bertemu dengan ketuanya setiap hati dengan penuh senyuman?

Sebelum belajar perubatan, kakak saya adalah seorang pelajar cemerlang, kebanggaan keluarga. Beliau memegang harapan untuk menyelamatkan nyawa dengan jubah putihnya. Namun, dalam sekelip mata, semuanya musnah. Fenomena tekanan di tempat kerja dan buli dalam kalangan doktor baharu sangat berleluasan. Namun, keadaan ini tidak sepatutnya dianggap normal. Lebih-lebih lagi, tiada siapa yang mengambil berat tentang punca sebenar mengapa Dr. Tay bunuh diri. Hanya segelintir doktor muda yang sebaya dan rakan-rakan terdekatnya menzahirkan kesedihan mereka di media sosial, namun suara mereka tenggelam dan tidak mendapat perhatian daripada pihak atasan. Adakah para pemimpin kita sudah terlalu kebal dengan kes-kes seperti ini?

Siapa lagi yang akan memperjuangkan keadilan untuk doktor-doktor muda yang terus menerus ditekan di tempat kerja sehingga terkorban?

Satu demi satu kehidupan muda yang penuh potensi bunch diri namun semuanya akan segera dilupakan?

Kehidupan manusia tidak dapat elakkan perpisahan, namun yang paling menyakitkan hati adalah ahli kelaurga tidak berpeluang memberitahunya betapa kami amat menyayanginya.