Perkara: Laporan Salah Laku Dalam Urusan Perolehan Kerajaan (Tender) Dengan se...
Posted 1 day ago
Perkara: Laporan Salah Laku Dalam Urusan Perolehan Kerajaan (Tender)
Dengan segala hormatnya, saya ingin mengemukakan laporan mengenai salah laku yang melibatkan proses perolehan kerajaan, khususnya tender Tactical Bridge di Kementerian Pertahanan (MINDEF). Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh, terdapat beberapa tindakan yang menjejaskan integriti dan ketelusan proses perolehan yang melibatkan beberapa syarikat serta individu berkepentingan. Tindakan tersebut adalah seperti berikut:
Pemberian Penilaian Yang Tidak Adil:
Dalam proses perolehan bagi tender Tactical Bridge, Brig. Jen. Sharizan, selaku Ketua Pengarah BPPTD, didapati telah menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan dan mempengaruhi keputusan tender. Tindakan ini didakwa bertujuan membantu syarikat-syarikat seperti Arus Juta Sdn Bhd, Ketech Asia Sdn Bhd, Keltec Sdn Bhd, Profaz Maju Niaga Sdn Bhd, Mildef Sdn Bhd, Cendana Auto dan IDC Technologies Sdn Bhd yang juga dipercayai sebahagian daripada kartel, untuk mendapatkan penilaian yang sangat baik. Penilaian ini diberikan walaupun terdapat kontraktor lain yang lebih layak dari segi pengalaman, keupayaan teknikal, dan kewangan. Penilaian yang tidak adil ini jelas bertujuan untuk menyingkirkan pesaing yang lebih berkelayakan tetapi tidak mendapat sokongan daripada pegawai tersebut, sekaligus mencemar integriti serta menjejaskan persaingan sihat dalam kalangan kontraktor. Ini menunjukkan bahawa keputusan penilaian dibuat secara berat sebelah tanpa mengambil kira merit sebenar.
Berpakat dengan kontraktor:
Beliau juga bertanggungjawab telah berpakat dengan beberapa kontraktor, khususnya syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Jakel, seperti Cendana Auto (dimiliki oleh Jakel Defence Systems Sdn Bhd, unit milik penuh Jakel Trading Sdn Bhd), IDC Technologies Sdn Bhd, IUC Resources, Sakti Desa, Rimbun Emas Defence System (REDS) Sdn Bhd Bhd, Keltec Sdn Bhd, Profaz Maju Niaga Sdn Bhd dan Tecctico Sdn Bhd. Penyediaan spesifikasi tender didakwa disusun khas bagi memihak kepada syarikat-syarikat ini, memberi mereka kelebihan yang tidak wajar, serta menghalang syarikat-syarikat lain daripada bersaing secara adil. Beliau juga memainkan skrip mengatakan segala mandat pemilihan kontraktor bagi setiap perolehan adalah dari Panglima Tentera Darat (PTD) yang sebenarnya tidak tahu menahu dalam percaturan Brig. Jen. Sharizan ini.
Mensabotaj Dokumen Tender Dari Kontraktor Lain:
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa dokumen tender daripada kontraktor lain telah disabotaj, menyebabkan kesukaran kepada syarikat-syarikat pesaing. Antara sabotaj yang dilaporkan termasuk kehilangan dokumen, perubahan maklumat yang disengajakan, serta kelewatan dalam penyerahan dokumen, yang dipercayai bertujuan untuk menjejaskan penyertaan kontraktor yang tidak mendapat sokongan daripada pegawai terbabit.
Campur Tangan Dalam Proses Penilaian Tender:
Pegawai tersebut juga dilaporkan telah campur tangan dan mempengaruhi proses penilaian tender bagi memastikan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan beliau mendapat kelebihan dalam penilaian. Campur tangan ini didapati mengabaikan merit serta kelayakan sebenar kontraktor lain yang turut bertanding. Komplot KP BPPTD ini juga diatur teliti bersama Ketua Jurutera iaitu Brigedier Jeneral Ts. Sharuddin dan Mej Lai Jian Hui selaku PS2 Teknikal yang menjadi pemantau bagi Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender. Markah teknikal di olah bagi memenangkan produk Arus Juta Sdn Bhd sahaja dan menggagalkan semua petender yang lain.
Penerimaan Rasuah:
Berdasarkan gaya hidup pegawai yang tidak seiring dengan pendapatan rasminya, terdapat dakwaan bahawa pegawai berkenaan telah menerima rasuah daripada syarikat-syarikat tertentu, terutamanya Cendana Auto, Arus Juta Sdn Bhd, Keltec Sdn Bhd, Rimbun Emas Defence System (REDS) Sdn Bhd, Profaz Niaga Maju Sdn Bhd dan syarikat-syarikat lain yang berkait rapat dengannya.