SALAHGUNAKUASA, PECAH AMANAH DAN GILA KUASA PENGARAH IMIGRESEN NEGERI PERAK : s...

Posted 2 weeks ago

SALAHGUNAKUASA, PECAH AMANAH DAN GILA KUASA PENGARAH IMIGRESEN NEGERI PERAK :

salam ES,Saya hendak meluahkan ketidakpuasan Hati Saya trhadap Pengarah Imigresen Perak yang merupakan bekas DO Kinta yang menyalahgunakan kuasa dalam mentadbir JIM Perak.Untuk makluman ES,Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah telah menyalahgunakan Duit SS Fund Jabatan dan juga duit kelab Imigresen Perak untuk kepentingan Peribadi dalam menaikkan namanya di Program Madani yang dijalankan di Kg Beng Lengong Perak yang dihadiri oleh Timb Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.Adakah patut Pegawai dan aggota JIM yang sepatutnya bekerja di lapangan dikerah untuk membuat gotong royong dan juga memberikan sumbangan kepada orang ramai.Dimana logiknya,demi menaikkan nama beliau,Imigresen terpaksa mengabaikan tugasan hakikii mereka.

Meor Hezbullah ini juga tidak langsung menghiraukn pandangan pegawai2 lain dan bersikap diktator di Pejabat.Beliau juga kerap menerima sumbangan dari ahli politik dan demi mengaburi permintaanya,beliau mengunakan Akaun kelab Imigresen untuk menerima sumbangan.Difahamkan beberapa ahli politik telah menyumbang hampir 100ribu dan duit berkenaan digunakan untuk kepentingannya demi menaikkan nama beliau dan kenaikan pangkat ke JUSA C.

Adakah ini gaya MADANI yang disanjung sanjung oleh PMX dimana MEOR Hezbullah ini sendiri bertugas didalam parlimen Tambung?Difahamkan Meor Hezbullah juga telah membuat kunjungan hormat dengan Pengarah SPRM bagi menutup kesalahannya dan SPRM Perak juga telah memberikan Cable yang kuat kepadanya.

Beliau juga kerap menganjurkan Aktiviti Menembak bersama-Sama VIP Awam dengan mengunakan dana dan peluru Imigresen demi mendapatkan repo.Adakah Wajar peruntukan yang diberikan oleh Ibu pejabat bagi latihan Menembak digunakan untuk melayan VIP VIP dan orang awam.Pegawai-Pegawai Imigresen sendiri tidak boleh menembak.Itulah sebabnya pembolosan di depoh boleh berlaku kerana pegawai Imigresen sendiri tidak mahir mengunakan senjata Api.

Mohon PMX,MDN,TMDN,KSN,KPPA,KP Imigresen,KP SPRM campur tangan dalam isu ini.