Salam admin ES... Minta tlg viralkan dlm Telegram artikel bawah ni... Politik...

27 August 2024, 7:28pm

Salam admin ES...

Minta tlg viralkan dlm Telegram artikel bawah ni...


Politik BERSIH Dalam SPR

Perselisihan antara Gabungan Pilihanraya
Bersih dan Adil (BERSIH) dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah
bermula sejak sebelum PRU 14 lagi.

Waktu itu, BERSIH menuduh SPR sebagai entiti yang tidak bebas dan tidak telus serta berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional
(BN) yang memerintah ketika itu.

Selepas kerajaan BN tumbang dalam PRU
14, Pengerusi SPR, TS Mohd Hashim Abdullah dan enam ahli SPR yang lain dipaksa meletak jawatan.

Pengerusi baharu SPR yang sealiran dengan BERSIH dan Kerajaan ketika itu,
Azhar Harun dilantik.

Seterusnya tiga ahli SPR yang baharu daripada aktivis BERSIH dilantik menjadi ahli SPR.

Selepas Langkah Sheraton pada 2020 dan berlakunya perubahan kerajaan, Pengerusi SPR telah meninggalkan SPR kerana telah dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

la menyebabkan agenda ahli SPR daripada
BERSIH dan BERSIH sendiri terganggu.

Terutama setelah bekas Setiausaha SPR, TS Abdul Ghani dilantik sebagai Pengerusi baharu.

Baru-baru ini BERSIH telah membangkitkan isu mengenai kaedah pelantikan Pengerusi dan Ahli SPR.

BERSIH mahu supaya pelantikan ahli-ahli
SPR dibuat melalui Jawatankuasa Khas
Parlimen.

Pelantikan Ahli-Ahli SPR adalah termaktub di bawah Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Di mana Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja Raja hendaklah melantik ahli-ahli SPR.

BERSIH mendakwa pelantikan DS Ramlan
Harun sebagai Pengerusi SPR yang baharu
dibuat tanpa melalui Jawatankuasa Khas
Parlimen.

Dan mereka mendakwa pelantikan tersebut bercanggah dengan Perkara 114(1)
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah yang digunakan BERSIH adalah
pelantikan ini tidak melalui MRR kerana
MRR masih belum bersidang.

Secara pentadbiran, sesuatu kertas pertimbangan tidak semestinya hanya boleh
dibawa semasa
mesyuarat.

lanya boleh juga dibuat secara edaran atas
alasan kesegeraan dan keperluan mendesak.

Adakah BERSIH lupa, tiga bekas aktivis mereka yang dilantik sebagai ahli SPR pada tahun 2018 juga menggunakan kaedah yang
sama (tanpa melalui jawatankuasa khas
parlimen).

Mereka adalah Dr. Azmi Shahrom, Dr. Faisal
Syam dan Zoe Randhawa.

Mungkinkah dakwaan BERSIH itu kerana kecewa atas pelantikan Ramlan sebagai
Pengerusi baharu?

Bukan rahsia, BERSIH berharap supaya
Timbalan Pengerusi SPR yang sealiran dengan mereka dilantik sebagai Pengerusi
SPR yang baharu.

la bagi memudahkan BERSIH berurusan
dengan SPR pada masa akan datang untuk meneruskan agenda reformasi pilihan raya
mengikut acuan mereka.

Pelantikan aktivis BERSIH, Zoe Randhawa, juga menimbulkan pelbagai persoalan dan kotroversi.

Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan kepentingan Yang di-Pertuan
Agong melantik ahli-ahli
SPR dalam kalangan individu yang
mendapat kepercayaan awam.

Zoe Randhawa dilantik pada usia yang terlalu muda iaitu 30 tahun.

Apakah pengalaman yang beliau ada selain sebagai aktivis BERSIH dan kerap
menyertai demonstrasi
anjuran BERSIH?

Apa jasa beliau kepada negara?

Keberadaan Zoe Randhawa di dalam SPR juga menimbulkan kontroversi apabila beliau
disyaki menggunakan maklumat sulit SPR.

Dalam membuat kajian di peringkat ljazah
Sarjana di Universiti Malaya, beliau dikatakan telah menggunakan maklumat
sulit SPR.

Admin akan mengulas perkara ini dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.