Salam admin ES.. UNIKL CEKIK DARAH PELAJAR Saya parent kepada pelajar Universi...
Posted 5 hours ago
Salam admin ES..
UNIKL CEKIK DARAH PELAJAR
Saya parent kepada pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), anak saya dah memasuki semesta 3 tahun ini. Untuk makluman pihak admin, anak saya membuat pinjaman PTPTN untuk bayaran yuran belajar.
Baru baru ini PTPTN telah menyalurkan wang melalui akaun bank anak saya saya untuk bayaran yuran 2 semesta. Potongan yuran dibuat secara auto debit melalui akaun CIMB bank.
Apa yang ingin saya suarakan ialah pihak unikl telah mengambil duit yuran untuk 2 sem tersebut melalui auto debit. Itu tak menjadi masalah tetapi yang menyedihkan pihak unikl turut mengambil wang saku yang mana diperuntukkan oleh PTPTN dan sepatut nya digunakan untuk perbelanjaan pelajar.
Sebelum PTPTN menyalurkan peruntukan pinjaman tersebut, saya juga ada membayar secara tunai kepada UniKL, jika tak dibayar anak saya tak dapat result exam dan meneruskan pembelajaran sedangkan bayaran tersebut adalah termasuk dalam pinjaman PTPTN. Apabila ditanya pihak UniKL mengatakan jika ada sebarang lebihan bayaran kepada UniKL, pengiraan bayaran balik akan dibuat selepas tamat belajar iaitu pada tahun 2027.
Saya bukan golongan yg kaya untuk menampung kos sara hidup anak saya yang tersebut. Anak saya juga terpaksa berulang alik kerana tidak berkemampuan membayar yuran asrama yang agak membebankan. Saya rasa ramai lagi pelajar yg mengalami nasib yg sama seperti anak saya ini. Mohon pihak UniKL bertimbang rasa dengan golongan yg kurang berkemampuan ini dengan mengembalikan bayaran atau potongan auto debit yg terlebih itu kepada pelajar dengan kadar SEGERA. Dengan itu dapat lah pelajar menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan menghadiri kelas dan sebagainya. Sekian...terima kasih.