Salam ES, Saya mewakili beberapa org rakan seperjuangan ingin membuat aduan ke...

28 August 2024, 9:24am

Salam ES,

Saya mewakili beberapa org rakan seperjuangan ingin membuat aduan kepada pihak atas PDRM.

Saya tak pasti sama ada orang atasan ini tahu atau pun tidak mengenai perangai ASP Sallehuddin bin Sulaiman yang menggunakan Sistem Pemerintahan Autokrasi di Cawangan Kem Komandan Bukit Aman.

PKP ini berpangkat ASP tetapi memegang tonggak cable isteri Pengarah Pengurusan dan Dato Alwi yang sebelum ini memegang jawatan sebagai TPP Pentadbiran. Kalau ada yang dia tak puas hati, dia akan menggunakan kuasa talian hayat dia untuk menukarkan orang-orang tersebut. Sejak dia melaporkan diri Cawangan Kem Komandan dia telah menukarkan ramai PKP mahupun PRP yang tidak sehaluan dengan dia.

Kami di sini dijadikan hamba kuli, diherdik, dimaki hamun, dikerah tenaga sesuka hati. Selain itu pelbagai arahan merapu juga telah dikeluarkan.

Sekitar bulan September tahun lepas kami mendapat tahu bahawa terdapat aduan penyalahgunaan kuasa keatas PKP ini. Sejurus beberapa bulan selepas ini pihak JIPS Bukit Aman telah menjalankan pemeriksaan. Namun sehingga ke hari ini kes tersebut ‘dimatikan’ tanpa sebarang tindakan. PKP ini telah mendapatkan bantuan daripada ADC Pengarah JIPS Bukit Aman untuk kautim kes. Manakala PKP ini masih bermaharaja lela di sini.

Adakah PDRM sekarang ini bekerja mengikut cabeliti sahaja? Kalau tak silap JIPS telah membuat pemeriksaan ketika PKP ini masih dalam tempoh pemangkuan ASP. Efisyen betul siasatan JIPS sampai PKP ini boleh comfirm jawatan tapi masih tiada tindakan.

Adakah seorang PKP boleh menyalahgunakan kuasa menggunakan kenderaan pasukan untuk kegunaan peribadinya tanpa sebarang pemakluman/kebenaran pasukan? Dilampirkan bukti-bukti yang dikumpul oleh kami sendiri untuk tatapan semua.