Salam ES, Saya mewakili suara Cawangan Kebajikan di dalam Kontinjen Pahang ingi...

Posted 4 weeks ago

Salam ES,

Saya mewakili suara Cawangan Kebajikan di dalam Kontinjen Pahang ingin menyuarakan isu berkenaan ketidaktelusan dan penyelewengan dalam pengurusan wang bantuan hospital dari Tabung Kebajikan PDRM yang diuruskan oleh ASP Senah.

ASP Senah telah menggunakan wang dari tabung TKPDRM untuk menyediakan hamper dan mendapat keuntungan daripada tindakan tersebut. Lebih membimbangkan, beliau memaksa setiap daerah untuk menerima hamper tersebut dengan menggunakan kedudukan dan pangkatnya.

Tindakan ini bukan sahaja tidak wajar, malah bertentangan dengan arahan Ketua Polis Pahang, yang telah menyatakan bahawa wang tersebut hendaklah disalurkan secara telus tanpa sebarang penghasilan hamper.
Walaupun keuntungan hanya 10 sen daripada hasil hamper itu, ia tetap HARAM! Itu adalah hak kami. Kami memotong gaji kami setiap bulan. Sewenang-wenangnya ASP Senah mengarahkan untuk memberikan hamper tersebut. Kami ingin tegaskan di sini, walaupun hanya 10 sen, kami tidak menghalalkannya. Jawablah di akhirat nanti.
Saya telah merujuk kepada Unit Kewangan Bukit Aman, dan mendapati bahawa pembayaran wang bantuan masuk hospital TKPDRM telah disalurkan dengan betul kepada setiap kontinjen melalui emel. Namun, bayaran TKPDRM untuk bulan Januari hanya diterima oleh kami di daerah pada bulan September. Ini menyukarkan kami untuk menguruskan lawatan kepada anggota di bawah jagaan kami.

Apabila perkara ini di soal, ASP Senah meminta kami menggunakan duit kelab IPD masing-masing. Namun, andai kata tiba masa kelab meminta semula duit tersebut, adakah kami perlu membayar balik dengan hamper yang bernilai RM50? (rujuk gambar barang dalam hamper)
Saya juga pernah mencadangkan supaya wang tersebut diserahkan terus kepada kami, tetapi ASP Senah memaki hamun dan meminta saya tidak mencampuri urusan pengurusan IPK. Sikapnya yang berbeza ketika berdepan pegawai atasan yang lebih tinggi pangkat menunjukkan sifat hipokrit. Pegawai seperti ini tidak seharusnya berada di bahagian kebajikan. Sebelum ini, tiada masalah seperti ini berlaku, tetapi sejak ASP Senah mengetuai Kebajikan Pahang, banyak tekanan dirasai. Malah, empat anggota telah bertukar keluar dari kebajikan kerana tidak tahan dengan sikapnya.

Jika pihak atasan PDRM Pahang menganggap ini fitnah, sila siasat. Sebagai seorang Polis yang Berintegriti, ini adalah tanggungjawab kita.

TQ ES