Salam ES. Kami nak luahkan perasaan. Isu yang dibangkitkan ini hanyalah sandiwar...

Posted 13 September 2024, 12:10am

Salam ES. Kami nak luahkan perasaan. Isu yang dibangkitkan ini hanyalah sandiwara di depan media. Dah banyak kali berlaku isu seperti ini tetapi pertukaran tiada. Yang ada tukar dari klia 1 ke klia 2, BSI ke pintu masuk lain. Benda sama, tugas sama maka masalah pun sama.

Kami di pintu masuk terutamanya BSI dan KLIA selalu di anak tirikan. Minta pindah tak dilayan. Yang duduk di pejabat imigresen boleh pula stay. Bila kena tukar ke pintu masuk, pertukaran boleh dibatalkan pula.

Ada pekeliling job rotation pun, pengurusan atasan tak nak ikut. Semua buat syarat. Yang bes ada naik pangkat kekal di tempat sama. Adakah ini pentadbiran yang adil.

Kalau nak cerita memang banyak ES. Jangan terus salahkan kami dibawah kerana kami tertekan dengan sikap pilih kasih atasan.

Adalah mereka berani rombak besar-besaran pegawai pintu masuk? Memang tak sebab yang dari tempat lain tak nak kerja di pintu masuk.

Tak salah anggota bomba yang minta tukar guna kabel menteri sebab Ketua Jabatan sendiri tak adil.