Salam ES. Kartel APMM beli senjata baharu tak melalui pembekalan kerajaan. Senja...

Posted 05 September 2024, 2:17pm

Salam ES.
Kartel APMM beli senjata baharu tak melalui pembekalan kerajaan. Senjata- senjata ini tak boleh didaftarkan dan perkara ni menyalahi peruntukan undang-undang dan tatacara perolehan kerajaan. Permit ini atas nama individu dan APMM sebagai agensi keselamatan sebenarnya tidak memerlukan permit. Persoalan lain, dari mana sumber kewangan perolehan senjata ini jika pembelian ini tidak mengikut tatacara perolehan kerajaan? Apakah motif pembelian ini? Mengikut perundangan, pemilikan senjata ni "tiada dalam pengetahuan Kerajaan Malaysia". Pembelian ini dilakukan secara senyap dan didaftarkan atas nama individu. KDN juga semestinya tidak tahu. Senjata ini juga disimpan di dalam stor persenjataan APMM di pejabat Pasukan Tindakan Khas Pelabuhan Klang secara tidak sah dan salah. Bahagian Bekalan Persenjataan dan Perolehan APMM diibaratkan "tidak tahu menahu hal ini" kerana tiada prosedur perolehan dan segala arahan adalah secara lisan, senyap dan sulit. Sekiranya senjata ini hilang atau terlepas ke tangan pihak tidak bertanggungjawab, akan timbul isu keselamatan negara kelak. Kartel tetap kebal dan berleluasa menyalah guna kuasa.