Salam ES, Tolong sampaikan mesej aku ni ye Aku nak mention pasal satu club besa...

Posted 2 weeks ago

Salam ES, Tolong sampaikan mesej aku ni ye

Aku nak mention pasal satu club besar di cheras iaitu Z Club Kuala Lumpur, untuk info ES, Z Club KL ni ialah club besar yang dimana sangat terkenal di kalangan wargasing Indonesia. Sebut je Z Club, memang warga indonesia yang kaki goyang dugem tahu.

Kat dalam Z Club KL ni hampir 90% pengunjung ialah warga Indonesia, ini la port mereka goyang dan telan dadah, Penjaga club ni ialah seorang lelaki indonesia berambut perang yang menggunakan nama samaran "Oby Saputra 69". Dia ada sebuah kereta jenama Honda Oddessey berwarna hitam, tertera tulisan "Oby Saputra".

Lelaki ini bertindak sebagai penjaga dan juga pembekal pil goyang dan ketamin dalam Z Club itu. Selain itu Oby Saputra 69 ni juga aktif bergerak ke negeri-negeri lain untuk promosikan club mereka dan mencari perempuan-perempuan remaja indonesia yang bekerja di kilang, tujuannya ialah untuk bawa mereka datang berhibur ke club dan gunakan perempuan-perempuan ini untuk tujuan memikat pegawai penguatkuasa dan orang VIP.

Z Club KL ini juga port untuk pegawai penguatkuasa berhibur dan telan dadah, Orang kat Z Club ni cukup suka bila ada Polis atau Imigresen datang ke Club ini, sebab orang-orang indonesia ni nak cari kabel untuk payung mereka .Club ni pernah diserbu tapi seperti biasalah, hanya untuk wayang je, sebenarnya serbuan tu untuk tambah collection duit bulanan. Dah jaga line, customer dah ramai, so kena up la ufti.

Yang paling menyedihkan ialah bukan sahaja port untuk berhibur dan telan dadah tapi kebanyakan pegawai penguatkuasa yang datang sini turut mencari betina. Bukan setakat pegawai pangkat rendah dan 1-2 paku, yang pakai "Crown" pun masuk sini cari betina!.

Hampir setiap hari mereka masuk ke Z CLub, tinggalkan anak bini kat rumah sampai berhari-hari, lepas goyang, bawa remaja betina indonesia ni ke hotel dan checkin, siap bela lagi, bagi rumah dan bagi duit bulan-bulan. Anak bini kat rumah terkontang kanting, ingatkan laki mereka betul-betul ikhlas bekerja.

Budak-budak betina indonesia ni memang suka la, ada polis atau imigresen yang jaga mereka, Dorang tak kisah pun nak telanjang ,janji poket masyukkk. Kesian aku tengok isteri di rumah yang diperbodoh-bodohkan begitu je, ingatkan laki tengah kerja rupanya kat rumah lain dengan betina. Duit gaji habis untuk berhibur, beli dadah dan bagi kat betina, Bila poket dah kosong, mula lah nak ambil rasuh dan menyamun orang di tepi jalan, tak ke bodoh macam tu?

Aku tak tahu la sampai bila Z Club ni nak roboh, aku tengok macam terlalu kebal daripada tindakan, Siap ada saluran Youtube sendiri untuk promosikan Club ni. Kalau serbu club ni, dadah, orang indonesia yang  kosong dan pegawai polis atau imigresen confirm ada la terselit.

Aku tak nak la mention siapa polis atau imigresen yang datang kat sini, Pihak JIPS dan yang berkenaan, sila ambil tindakan, tutup Z Club ni, Jangan biarkan wargasing Indonesia datang sini dan buat onar serupa negara ini dorang yang punya. Aku harap lepas pendedahan ini, ada tindakan la ye, jangan sampai aku up nama-nama  korang nanti. Aku dah bagi sikit tu.

Terima kasih ES