Salam ES.Setelah hampir 2 bulan,kami warga kerja Bomba Pulau Pinang masih lagi t...

Posted 21 September 2024, 1:55am

Salam ES.Setelah hampir 2 bulan,kami warga kerja Bomba Pulau Pinang masih lagi ternanti-nanti laporan Penyiasatan berkaitan dengan pendedahan salah laku Pegawai Bomba Pulau Pinang.Pelik juga mengapa terlalu lama? Sedangkan prosedur Jabatan untuk aduan awam hanyalah selama 14 hari termasuk tindakan.Namun sehingga sekarang masih lagi sepi seribu bahasa tanpa sebarang pun tindakan.Adakah sebab aduan ini melibatkan pegawai kanan maka salah laku ini cuba dibakul sampahkan? Hairan,kalau aduan berkaitan anggota bawahan,begitu pantas sekali tindakan diambil.

Untuk makluman ES dan semua pembaca,sesi soal siasat pada tanggal 20.7.2024( Sabtu) dikepalai oleh orang nombor 2 Bomba Malaysia iaitu Dato' Izram.Namun sesi ini berjalan dengan kaedah yang meragukan iaitu hanya 9 nama yang dipanggil dan kebanyakan mereka ini merupakan suspek kepada orang yang mengadu kepada ES.Hala tuju siasatan lebih kepada mencari penulis aduan dan bukannya isu aduan.Tiada seorang pun pegawai BKK yang dipanggil.Tiada langsung ahli mesyuarat pertukaran yang dipanggil.

Apa yang lebih menjengkelkan panel penyiasat hanya terdiri daripada Dato' Izram, pegawai khas beliau,Tuan Fauzi dan PPN Bahagian Penyiasatan Kebakaran,Tuan Shukor.Keahlian Tuan Shukor dalam sesi ini juga wajar dipertikaikan memandangkan beliau juga merupakan ahli dalam mesyuarat pertukaran Bomba Pulau Pinang.Bagaimana orang yang terlibat dalam hal pertukaran juga terlibat dalam penyiasatan? Sudah tentu ini terlihat bias dan memihak.

Satu lagi perkara yang ingin penulis dedahkan berkaitan salah laku Tuan Amir.Beliau bersekongkol dengan PPON menggelapkan duit Bahagian Operasi juga sebanyak RM 10,000 (Sepuluh ribu) semata-mata untuk bercuti di Indonesia.Sebagai Biro Sukan PERSKEB,beliau turut menerima laba dari projek pembekalan baju.Semua perolehan baju melibatkan PERSKEB,beliau yang sauk.Mohon siasat perkara ini.

Untuk makluman semua,dalam organisasi Bomba Pulau Pinang terdapat satu organisasi tanpa kelulusan iaitu Pangkalan Marin Bomba yang berada di Mak Mandin dibawah kawasan jagaan Balai Bomba Butterworth.Sehingga ke hari ini masih tiada perjawatan disini dan beroperasi menggukan anggota pinjaman dari Balai Bomba Butterworth.PBKI Faizwan sedang giat menaiktaraf Pangkalan berkenaan dengan bantuan tajaan dari tauke -tauke Cina antaranya adalah CCTV dan bekalan cat.Anggota balai turut menjadi buruh bagi melaksanakan -kerja ini.Walaupun organisasi ini tiada kelulusan,baru-baru ini mesin perakam waktu dan papan tanda telah pun dinaikkan.Bolehkah perkara ini dilaksanakan tanpa kelulusan atau sebenarnya ada Godfather yang melindungi?
Mohon siasat.