Salam min. Minta tolong siasat kes ni. Cikgu ni dilaporkan hilang di Pasir Gudan...

23 August 2024, 10:06am

Salam min. Minta tolong siasat kes ni. Cikgu ni dilaporkan hilang di Pasir Gudang 26/12/23. Keluarga buat laporan polis. Polis tak suruh viralkan.

6/1/24 mayat tanpa kepala, kaki dan tangan ditemui di Melaka. Mula2 orang sangka mayat arwah Bella yg hilang terlebih dahulu kat Batu Pahat tapi bukan. Polis Johor tak beri kerjasama pun dengan Polis Melaka. Paling kurang bagi keluarga buat pengecaman atau ujian DNA tapi tiada.

Jadi ahli keluarga menyangka mangsa diculik, dipukau, dilarikan & cuba macam2 usaha nak bawa arwah kembali. Selasa lepas Polis Melaka jumpa tengkorak & anggota badan lain & sahkan itu mangsa. Mayat yg dijumpai 6/1/24 juga adalah mangsa. Bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa dalam tempoh selama 8 bulan ni tahu berita penemuan mayat di Melaka tapi tak tahu itu anak mereka kerana kecuaian penyiasat.

Saya rasa ada kecuaian dari pihak Polis Johor dalam kes ni. Minta tolong admin bongkarkan.