Salam Sejahtera YDH Tan Sri IGP YDH Dato Sri DIG Per: *Update Tangkapan dan R...
Posted 30 September 2024, 3:03am
Salam Sejahtera
YDH Tan Sri IGP
YDH Dato Sri DIG
Per: *Update Tangkapan dan Rampasan Kes Bunuh Bersabit Song/Rpt/2058/2024*
Pada 24.09.2024 antara jam 1710 hrs dan 1750 hrs, sepasukan polis daripada JSJ IPK Sarawak dan JSJ IPD Song telah berjaya menangkap dua orang saspek di dua buah rumah dalam kawasan daerah Song, Sarawak :
*(B1) - Estonny Liah Anak Esbey*, KPT : 930226-13-5988 (No Polis : RF20666)
*(B2) - Roland Tigal Anak Randong,* KPT : 921002-13-6355
Turut dirampas dari rumah (B1) :
1. Satu beg celoreng hijau yang dalamnya mengandungi *satu laras senapang patah* yang ada no siri dan enam butir peluru senapang patah yang disorok dlm almari baju.
2. Dua belas butir *(12) peluru senapang patah* dalam satu bekas yang disorok dalam kabinet kasut di ruang tamu rumah.
3. *Sebuah motosikal* jenis Kawasaki KLX 150L no pendaftaran QAB5923A.
*Soal Siasat awal:*
*(B1) dan (B2) mengaku* telah bersama sama menunggang motosikal jenis Kawasaki milik (B1) ke Jalan Multipass Link, Song dengan membawa satu laras senapang patah tujuan *hendak memburu*. Apabila melalui satu kawasan lereng bukit, (B2) memberitahu (B1) ada *ternampak silauan seakan akan mata binatang. (B1) pun menghentikan motosikal di tepi jalan dan mengambil senapang yg disandang oleh (B2) dan terus menembak ke arah silauan yang dilihat.* Setelah melepaskan tembakan, kedengaran bunyi meraung dan bunyi teriakan. Merasakan sesuatu tidak kena setelah nampak lereng bukit itu ada semak yang ditebas, (B1) terus mengajak (B2) meninggalkan tempat itu dan terus pulang ke rumah.
Senapang yang dibawa oleh (B1) dikatakan milik bapanya di Bintangor, mempunyai nombor siri dan lesen. Walaubagaimanapun, (B1) gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit sehingga kini. Peluru yang dirampas dikatakan dibeli daripada pembekal di Sibu.
Punca kejadian dipercayai *mangsa yang sedang bermain telefon bimbit sambil berbaring di pengkalan sementara mereka di lereng bukit dan silauan cahaya telefon bimbit disyaki mata binatang.*
Soalsiasat lanjut akan dijalankan untuk mengenalpasti tempat di mana (B1) membuang kelongsong peluru yang digunakan itu.
Sejarah perkhidmatan (B1) dalam PDRM :
2018 - Pelatih PULAPOL Kuching
Januari 2019 - D6 IPD Betong
April 2019 - D9 IPD Song
Sekian Terima kasih.
PJP Sarawak