Salam Sejahtera YDH Tuan KP Johor Untuk makluman YDH Tuan, BALAI POLIS LARKI...

29 August 2024, 8:23am

Salam Sejahtera

YDH Tuan KP Johor

Untuk makluman YDH Tuan, BALAI POLIS LARKIN IPD JBS baru terima laporan seperti berikut:-

PEMERASAN

➡ SERIALAM REPOT : 7934/24
➡IO: ASP HASFIZAN
➡Tarikh@Masa Repot: 28/08/24 @ 0415HRS

Pengadu : TEE YI HONG
Pekerjaan : BERNIAGA
Alamat : NO.54 JALAN JAYA PUTRA 3/5 TAMAN JP PERDANA 81100 JOHOR BAHRU JOHOR

Butiran Aduan:

Pada 27/08/2024 jam l/kurang 1700hrs semasa pengadu selesai makan bersama rakan pengadu Tinesh di Restoran Tai Hong Kopitiam Austin Height. tiba-tiba telah datang 2 lelaki melayu memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. Kemudian mereka telah mengambil telefon bimbit milik pengadu dan rakan dan menyuruh pengadu dan rakannya mengikut mereka masuk kedalam m/kar jenis kenderaan tidak pasti berwarna kelabu. Setelah itu mereka membawa pengadu bersama rakannya ke IPD Seri Alam. Setibanya di sana pengadu dibawa ke cawangan komersil. Kemudian pengadu dan rakannya diminta masuk kedalam satu ruangan pejabat. Semasa didalam ruangan pejabat tersebut terdapat 2 orang lagi pegawai polis. Mereka telah memberitahu pengadu bersama rakannya terlibat dalam sindiket scammer dan pemerdagangan manusia. mereka juga telah menyemak status kad pengenalan pengadu dan rakannya serta memberi tahu kepada pengadu kes mereka ini kes besar jika ditangkap kena masuk lokap. Kemudian mereka telah membuat pemeriksaan telefon pengadu dan rakannya tetapi tidak menjumpai apa-apa kesalahan. Setelah itu mereka telah meminta sejumlah wang bernilai rm 150 ribu ringgit jika ingin menyelesaikan kes ini jika tidak mereka akan menangkap pengadu dan bicara di mahkahmah serta dibuang daerah. Pengadu juga telah memberitahu kepada mereka bahawa pengadu tidak mempunyai sebanyak itu, pengadu hanya mampu sebanyak rm 30 ribu dan setelah itu mereka memberitahu kepada pengadu akan berbincang antara mereka dahulu. setelah mereka berbincang mereka telah meminta kepada pengadu wang berjumlah rm 45 ribu cash dan pengadu telah memberitahu kepada mereka bahawa pengadu hanya mempunyai 30 ribu secara tunai sekarang ini. Kemudian mereka telah membawa pengadu bersama rakannya ke bank untuk mengambil baki wang sebanyak rm 15 ribu ringgit dan pengadu telah dibawa ke bank hong leong bank mount austin dan bank islam Mount Austin dengan menaiki sebuah m/kar jenis perodua myvi berwrna hitam ( JFX 1990). Setelah itu pengadu dan rakannya dibawa ke tempat m/kar pengadu diletakkan. semasa di dalam kenderaan tersebut pengadu telah menyerahkan wang tunai sebanyak rm 45 ribu ringgit kepada mereka. Kemudian pengadu dan rakannya telah dibebaskan.
Untuk makluman awal YDH Tuan KP Johor
Siasatan lanjut sedang dijalankan. Perkembangan siasatan akan menyusul.

Terima kasih.