Salam Tuan Admin, Saya, selaku anggota polis, ingin menyuarakan rasa tidak puas ...

Posted 04 September 2024, 9:11pm

Salam Tuan Admin,
Saya, selaku anggota polis, ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia berkenaan satu isu yang semakin membimbangkan. Tapak kosong yang terletak bertentangan dengan Pasaraya Lotus Manjarala dahulunya merupakan kawasan awam yang digunakan oleh kami semua untuk meletakkan kenderaan. Namun, baru-baru ini, kami menerima pelbagai aduan bahawa kawasan tersebut kini dijaga oleh sekumpulan gengster. Mereka mengenakan bayaran parkir, dan jika tidak dibayar, mereka akan bertindak merosakkan kenderaan dengan memecahkan cermin dan memancitkan tayar.
Sebagai anggota bawahan, kami sentiasa turun ke lokasi apabila terdapat aduan daripada orang awam. Namun begitu, penjaga kawasan tersebut, iaitu gengster, cuba merasuah kami dengan sejumlah wang. Sekiranya kami menolak dan kekal berada di kawasan tersebut, kami dianggap menyusahkan mereka, dan seterusnya menerima arahan daripada atasan untuk “RTB” (Return To Base) dan tidak mengganggu mereka. Situasi ini menimbulkan persoalan di kalangan kami; kenapa kita sebagai polis tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang awam, malah seolah-olah bersekongkol dengan gengster demi wang ringgit yang sedikit?
Ada info mengatakan bahawa Ayob Khan sendiri menerima wang berkenaan tanah ini. DBKL pula nampaknya turut terlibat. Adakah ini cara kita hendak menjaga amanah sebagai penjawat awam?
Sekian, terima kasih