Semasa tangkapan dijalankan salah seorang suspek telah berjaya melarikan diri da...

06 September 2024, 10:57am

Semasa tangkapan dijalankan salah seorang suspek telah berjaya melarikan diri dari kereta yang dinaiki ,(A2) seorang diri telah bertindak mengejar suspek tersebut. Setibanya di tangga basement (A2) melihat suspek cuba menyerang ke arah (A2) dengan cara mendekati (A2) dan (A2) kemudian memperkenalkan diri sebagai polis dan mengarahkan suspek untuk menyerah diri dan demi mempertahankan diri (A2) telah melepaskan (1) das tembakan ke arah suspek. Suspek kemudian melarikan diri dan (A2) terus mengejar suspek sejauh 200 meter sehingga suspek melompat diatas bumbung bangunan. Ketika suspek berada di atas bumbung bangunan, (A2) sekali lagi telah melepaskan tembakan kedua yang mengena pada bahagian lantai bumbung bangunan. Suspek kemudian terjun dan melarikan diri ke arah kawasan pembinaan.

*(I) TINDAKAN / HASIL SIASATAN AWAL:*
1) Terdapat (2) pengadu dalam kejadian ini iaitu Asp. Mohd Faizal bin Jamaludin (A1) dan Konts. Muhammad Nur Iskandar bin Amiruddin (A2) dari Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

2) Hasil daripada rakaman percakapan (A2) menyatakan bahawa semasa berada di basement tingkat 3 Mesahill Bandar Baru Putra Nilai, Nilai Negeri Sembilan pada jam lebih kurang 1650hrs. (A2) telah mengejar suspek 1/L disyaki warganegara Afrika menggunakan tangga parkir sejauh 200 meter. Sebaik sahaja (A2) turun diantara tingkat 2 ke 3, (A2) telah mengarahkan suspek beberapa kali untuk berhenti dan menyerah diri namun tidak diendahkan. Semasa (A2) mendekati suspek, suspek cuba untuk menghampiri (A2) dan dilihat suspek ingin mengambil sesuatu di bahagian belakang seluar. Jarak di antara (A2) dan suspek ketika itu adalah lebih kurang (3) meter. Disebabkan hal ini, (A2) telah melepaskan (1) das tembakan (pertama pertama) untuk mempertahankan diri ke arah suspek namun terkena pada dinding tangga. Suspek kemudian melarikan diri ke arah tempat parking di tingkat 2 basement Mesahill Bandar Baru Putra Nilai dan sebelum suspek melompat ke atas bumbung bangunan, (A2) melepaskan (1) lagi tembakan (tembakan kedua) dimana jarak diantara (A2) dengan suspek lebih kurang (4) meter namun terkena pada simen bangunan. Suspek berjaya melarikan diri ke arah tapak pembinaan berhampiran Mesahill arah mana tidak pasti.

3) Pasukan forensik telah dihubungi untuk hadir di lokasi kejadian bagi membantu mengesan kelongsong dan melakukan swabbing gunshot residue (GSR) diatas tangan (A2). Sampel swabbing kesan peluh serta darah sepertimana di para G. (2) butir kelongsong turut diserahkan oleh (A2) kepada pegawai penyiasat.

4) Pegawai penyiasat dan anggota jurugambar bertugas L/kpl Johari bersama-sama pasukan forensik IPK Negeri Sembilan diketuai oleh Insp. Akmal telah dipandu arah oleh (A2) untuk pergi ke tempat kejadian. (A2) juga telah melakonkan semula tentang kejadian yang telah berlaku bagi membantu siasatan. Dapati tempat kejadian tidak dilengkapi dengan sebarang rakaman cctv. Ketika kejadian juga, suspek tidak menggunakan apa-apa senjata dan tidak menyentuh tubuh badan (A2).

5) Barang rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat oleh unit forensik bagi tujuan menghantar ke Jabatan Kimia untuk membuat perbandingan DNA.

6) (A1) memaklumkan bahawa hasil serbuan telah berjaya memberkas suspek 1/L syaki warganegara Afrika seperti di para F serta rampasan dadah jenis kokain seberat (2,270 gram) anggaran bernilai RM 430,000/-. Suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada Insp. Nurul Hidayu binti Sainuddin.

7) Usaha mengesan suspek yang masih bebas sedang giat dilakukan.

Untuk makluman YDH Tan Sri

Terima kasih YDH Tan Sri

*KP NS*