Slm Tn ES yang dikasihi, Perkongsian sedikit permasalahan yang kami hadapi Perj...

Posted 07 October 2024, 4:14pm

Slm Tn
ES yang dikasihi,

Perkongsian sedikit permasalahan yang kami hadapi Perjawatan SIO/IO/AIO/Detektif BSJN daerah Pahang memang banyak kalau tengok dalam Esiar.

Namun tidak digunakan dan melanggar arahan penjawatan(esiar). Contohnya IO/AIO yang keluar arahan Esiar tapi tak lapor.


Sjn Bsjn Temerloh, dpt jadi AIO tapi x boleh bekerja. Sakit,stress la dan sebagaimananya. Pasang kabel nk keluar dari jadi penyiasat. Agaknya kalau kami ramai buat camtu, apa akan jadi?

Sama juga berlaku cawangan lain, digunakan untuk tugas yg tiada kaitan dengan jawatannya kerana tak mahu terlibat dalam tugas 24jam. Kalau x percaya boleh audit penjawatan daerah setiap cawangan. Boleh semak dengan kerani bahagian/cawangan masing-masing.

AMT telah dimansuhkan namun telah digunakan untuk orang-orang tertentu sahaja yg berkepentingan. OCPD mungkin tak mahu ambil tahu keperitan yg anak buah hadapi. Ketua Jabatan OCCI pun tak tahu agaknya. Mungkin sebab tahu atau buat tak tahu.

Senang cerita lebih menyusahkan dengan tatacara dan beban kerja sedemikian. Penjawatan tidak digunakan sepenuhnya, sebaliknya dikerah-kerah tenaga pegawai dan anggota yang boleh buat kerja sampai ramai kena darah tinggi.

Officer mungkin tak ada telur nak tegur mereka yang tergolong ni. Semangat kerja dah berkurangan disebabkan ada segelintir pegawai dan anggota macam ni. Anak emas didahulukan, anak tiri yg buat kerja di jadikan kuda.

Penjawatan esiar sekadar kertas putih yang diingkari sesuka hati mereka yang ada kabel.pelik tapi benar. Ianya sedang berlaku dan dihadapi setiap hari, esok dan lusa juga

Kalau boleh PT penjawatan kena tengok la yang IO/AIO atau DETEKTIF sepatutnya membuat tugas sebagaimana arahan Esiar Bukit Aman bukan AMT ikut suka Ketua masing-masing jerr.

Harap Kontijen Pahang lebih peka isu ni. Mohon ketengahan isu ini


Tq ES yg prihatin