SYARIKAT AHLONG TAPI BERDAFTAR KPKT Pada 4 Oktober 2024, saya telah melawat Max...

Posted 10 October 2024, 12:20am

SYARIKAT AHLONG TAPI BERDAFTAR KPKT

Pada 4 Oktober 2024, saya telah melawat Maxicash Services (WL2871/10/01-11/190726) pada pukul 4:00pm untuk bertanya mengenai pinjaman wang berlesen. Mereka menawarkan pinjaman RM8000. Selepas ditolak semua caj pengurusan, maka saya akan mendapat RM7200. Selepas itu, bayaran bulanan saya ialah RM360 (pokok) dan RM640 (bunga) yang harus ditanggung setiap bulan.

Saya mesti langsaikan pokok RM360 sehingga cukup RM8000 atau saya akan dikenakan bunga RM640 setiap bulan sehingga selesai pokoknya. Dalam lampiran aduan, saya sertakan gambar pelan bayaran balik yang ditawarkan kepada saya. Hal ini menjadikan jumlah bunga pada akhir bayaran ialah RM13,333.33 dan pokok RM8000.

Selain itu, mereka juga mendesak saya untuk menyerahkan Kad Debit ATM saya kepada mereka.

Maxicash Services Johor.
37A, Jalan Sejambak 14, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor.