Tak pasti samada Menteri Pengangkutan yang kita nampak paling perform dan bersih...
Posted 3 weeks ago
Tak pasti samada Menteri Pengangkutan yang kita nampak paling perform dan bersih tahu kisah yang berlaku di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Isu pertama:
1. Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang telah dilantik dari orang politik itu sendiri, bukanlah daripada pegawai awam kerajaan seperti Pegawai Tadbir Diplomatik. Sebelum ni semua Ketua Pegawai Eksekutif adalah dari PTD, perjawatan tersebut memang untuk pegawai kerajaan. CEO sekarang ni begitu tamak sehingga membolot semua jawatan termasuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi anak syarikat iaitu Railway Assets Holding (RAH) dimana beliau menerima elaun tanggung tugas bagi menjalankan tugasan tersebut dan menjadi ahli bagi setiap ahli Lembaga pengarah, semua ni duit selagi boleh kaut kita kaut sampai mati. Mantan Menteri-Menteri Pengangkutan sebelum ni walaupun dari kerajaan yang berbeza, still tak langgar dengan melantik orang politik sebagai ketua agensi kerajaan. Apa kemudahan agensi disediakan habis dia kaut, termasuk kad kredit jabatan bagi kegunaan beliau dibelanjakan sampai tak sedar diri, boleh minta SPRM semak. Dalam masa yang sama, CEO sekarang baru selesai kes mahkamah yang melibatkan GLC juga. Macam mana beliau boleh dilantik menjadi ketua agensi kerajaan?
Isu kedua:
2. Pembelian kereta jawatan yang dikhaskan bagi kegunaan CEO, pembelian kereta mewah jenis Volvo XC60 yang berharga hampir 360k dimana kelayakan CEO tersebut hanyalah setara Jusa C, kalau di kementerian atau jabatan kerajaan, Jusa C ni layak diberikan Proton X70 ataupun Perdana sahaja. Sedangkan beliau sudah mempunyai kereta X70 dan Toyota Harier milik RAC, Dato'-Dato' Jusa C yang lain, anda tak cemburu ke bagaimana seorang Jusa C lantikan kontrak oleh Menteri dapat pakai kereta Volvo XC60 ni.
Isu ketiga:
3. Kegagalan CEO untuk menjaga kebajikan pekerja-pekerja keretapi terutamanya kakitangan KTMB, CEO terlampau sibuk nak jual semua tanah keretapi termasuk mengambil alih bangunan KTMB seperti Stesen Kuala Lumpur berbanding fokus untuk menambah baik kemudahan dan fasiliti stesen yang dah semakin teruk. Tengok sajalah stesen dari Batu Caves sehingga Sentul, lif dan eskalator semua rosak, nak baiki makan tahun, kesian kat penumpang yang guna kemudahan stesen ni, ada yang sakit kaki, ibu mengandung. Tu belum lagi beliau sibuk nak jual kuarters KTMB kat Bangsar, nak buat projek komersial, ingat bagi saja ke, confirm mesti boleh percent punya. Dia lebih sibuk hal projek jual tanah kerajaan dan keretapi berbanding jaga kebajikan kami yang duduk di kuarters daif dan usang.
Isu keempat:
4. Kami dapat tahu yang beliau melantik kakitangan swasta (anak syarikat) dan dibayar dengan gaji yang tak masuk akal dan lantikan dari kroni beliau. Kebanyakannya daripada SPAD. Boleh buat semakan ke atas senarai kakitangan anak syarikat. Sedangkan kakitangan kerajaan kekal dengan gred gaji kerajaan sahaja, kakitangan swasta lantikan beliau kerja lebih kurang sahaja macam kakitangan kerajaan.
Isu kelima:
5. CEO sekarang ini mengamalkan "Organisasi Hibrid" yang menyebabkan pertindihan tugas dan tidak dipersetujui langsung oleh kakitangan lantikan kerajaan. Dan untuk pengetahuan ES, kaedah yang sama dilaksanakan oleh beliau di SPAD dan merupakan antara penyebab berlakunya ketidakharmonian dalam SPAD yang telah pun dibubarkan. Sebelum ni, SPAD telah mewujudkan SPAD Pro Berhad, dan melantik kakitangan swasta dengan bayaran gaji yang tidak masuk akal dan akhirnya menganggu tugasan kakitangan kerajaan SPAD. Perkara ni diceritakan sendiri oleh bekas kakitangan SPAD kepada saya, boleh rujuk juga di google dengan tajuk "Pembubaran SPAD dan SPAD Pro". Jadi, adakah RAH akan terkubur seperti SPAD Pro?