Untuk makluman pihak ES, dah banyak kali laporan dihantar kepada pihak Pengarah ...
Posted 16 September 2024, 10:27pmUntuk makluman pihak ES, dah banyak kali laporan dihantar kepada pihak Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Kami ini orang awam menunggu giliran terlalu lama kerana tiada pihak atasan yang turun padang untuk lihat keadaan yang sebenar. Orang tua berdiri lama. Malahan yang lagi teruk adalah keadaan TERLALU PANAS dikawasan itu kerana Air Cond Outdoor yang dipasang atas terlalu banyak. Lebih daripada 12 unit. Kesian lah kami ini orang awam yang terpaksa manahan panas dari angin yang dihasilkan oleh Air Cond Outdoor disitu. Bila di tanya di kaunter kenapa Kipas Besar tidak dipasang malahan mereka menjawab ia arahan Big Boss suruh tutup. Mereka sedap dalam air cond kami pula berpeluh-peluh menahan kepanasan dari outdoor air cond angin yang dihasilkan.