Warga Asing Bebas Berniaga di Persiaran Karpal Singh, Peniaga Tempatan Ditekan?
- Posted 1 day 19 hours ago
- Isu Semasa
- By Admin


Warga Asing Bebas Berniaga di Persiaran Karpal Singh, Peniaga Tempatan Ditekan? Persiaran Karpal Singh, Pulau Pinang kini menjadi tumpuan peniaga warga asing, termasuk yang terang-terangan menggunakan kenderaan berdaftar di Thailand. Mereka bebas berniaga di persimpangan jalan tanpa gangguan, sedangkan peniaga tempatan sering berdepan tindakan tegas pihak berkuasa. Jika peniaga Melayu baru membuka payung, sudah ada risiko disaman atau diangkut oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Keadaan ini menimbulkan persoalan, adakah terdapat layanan berat sebelah dalam penguatkuasaan? Kenapa pihak berkuasa seolah-olah membiarkan warga asing berniaga tanpa lesen, sedangkan peniaga tempatan dikenakan tindakan serta-merta? Adakah pegawai perlesenan MBPP mendapat 'imbuhan' tertentu sehingga menutup sebelah mata terhadap isu ini?