Warga Asing Jadi Rider Kurier: Adakah Ia Dibenarkan?

Warga Asing Jadi Rider Kurier: Adakah Ia Dibenarkan? Isu warga asing, khususnya pekerja dari Bangladesh, yang menjalankan perkhidmatan penghantaran kurier semakin membimbangkan. Berdasarkan peraturan semasa, warga asing tidak dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmatan penghantaran. Namun, terdapat laporan bahawa mereka kini semakin berani beroperasi sebagai rider kurier di beberapa kawasan. Lebih mencurigakan, ada dakwaan bahawa sebahagian besar mereka menggunakan lesen memandu yang meragukan, dipercayai ‘lesen terbang’ dengan alamat berdaftar di KLIA. Jika benar, ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. Pihak berkuasa digesa untuk menyiasat perkara ini dengan lebih teliti. Adakah syarikat kurier sengaja menutup mata demi keuntungan, atau ada pihak tertentu yang melindungi kegiatan ini? Rakyat berhak mendapat penjelasan dan tindakan tegas demi menjaga kedaulatan negara.