السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ES, sy selaku penduduk di PGA Cheras terkilan dengan arah...
Posted 09 September 2024, 2:35pm
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
ES, sy selaku penduduk di PGA Cheras terkilan dengan arahan orang atasan selaku Komander dalam PGA ni berkenaan isu *TIDAK MEMBENARKAN PENGHANTARAN BARANG ONLINE @ COD DI KEDIAMAN PENDUDUK SERTA CAFE DI PGA NI* pegawai tersebut hanya membenarkan barang-barang yang dibeli kami dihantar di Pos Kawalan pintu hadapan sahaja.
Berkaitan isu ini sudah pasti menyukarkan kami selaku penduduk disini kerana sudah berlaku pada zaman PKP kehilangan barang yang dibeli kami kerana barang-barang hanya dibenarkan di hantar di pos kawalan. Penduduk di sini bukan 10 orang, ada beratus-ratus orang dalam ni dan dari beratus bukan 10 orang je yang beli barang secara online.. Pos kawalan depan bukan setiap hari orang yg sama. Anggota bersilih ganti mengikut shif.
Jika ada di kalangan kami berkerja di luar serta jika ada yang balik kampung risiko kehilangan barang-barang kami pasti ada. Adakah pihak atas mahu bertanggunjawab dengan kehilangan tersebut? Sudah pasti TIDAK bukan? Jadi kenapa perlu menyukarkan penduduk-penduduk disini dengan arahan yang sangat remeh...
Banyak isu lain yang perlu di ambil serious contoh yang sedang berlaku:
1. Jalan berlubang sana sini tidak berturap sekian lama
2. Kekurangan parkir kerana lambakan anggota pertukaran jawatan masuk di kediaman blok terlibat
3. Salur paip tandas dari rumah atas leaking masuk ke tandas rumah bawah( kebanyakan paip di setiap rumah berkarat tunggu masa untuk reput)
Sekian saja aduan dari sy selaku penduduk di PGA Cheras..
Terima kasih ES